Monday, December 14, 2009

::Objektif Perpustakaan::

OBJEKTIF
  1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus dan menyediakan sumber-sumber maklumat yang relevan, berkualiti dan terkini dalam semua program kolej
  2. Membina serta mengukuhkan koleksi dalam bidang perubatan dan sains kesihatan sejajar dengan Misi Perpustakaan
  3. Menyediakan perkhidmatan rujukan dan maklumat yang tepat,cepat dan mesra
  4. Membantu serta mempertingkatkan kemahiran di kalangan pengguna perpustakaan dalam aktiviti mengesan, mengakses serta memperolehi maklumat yang tepat serta berkualiti
  5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan menarik untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga kolej.

::Piagam Pelanggan::

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan merealisasikan perkhidmatan perpustakaan bagi melaksanakan tanggungjawab :
  • Menyediakan bahan rujukan dan maklumat yang terbaik, terkini dan efektif sesuai dengan kehendak pembelajaran dan pengajaran.
  • Menyampaikan maklumat semasa, cepat, tepat dan mesra setiap masa.
  • Memastikan pelanggan diberikan layanan terbaik dan mesra dalam menyediakan perkhidmatan rujukan dan maklumat

:: Unit Perpustakaan::

Perpustakaan KSKB Sungai Buloh
Merupakan gedung Ilmu dan maklumat kepada semua warga kolej dalam memainkan peranannya sebagai pusat pengumpulan maklumat dan penyebaran ilmu dalam bidang sains, kesihatan dan perubatan. Mula dibuka pada tahun 2004 dan beroperasi sepenuhnya pada januari 2005. Perpustakaan KSKB sg.buloh adalah hasil gabungan perpustakaan beberapa buah kolej iaitu :-
  1. Kolej kejururawatan Kuala Lumpur
  2. Kolej kejururawatan Klang
  3. Kolej Pembantu Farmasi
  4. Kolej Fisioterapi
  5. Kolej kesihatan Persekitaran
  6. Kolej Radiografi & Radioterapi
  7. Kolej Jurupulih Carakerja
MISI
  • Melahirkan warga kolej yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan dan literasi maklumat
  • Mempertingkatkan kualiti dalam penyediaan perkhidmatan rujukan dan maklumat serta kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan seiring dengan perkembangan teknologi semasa
VISI

Menjadi sebuah pusat penyimpanan dan penyebaran ilmu dan maklumat dalam bidang perubatan dan sains kesihatan yang terunggul di antara perpustakaan-perpustakaan perubatan di Malaysia