Monday, April 5, 2010

 - MAKLUMAN -


Kepada Semua Pengguna,

Terdapat perubahan yang berlaku di beberapa ruangan di bahagian perpustakaan.

Kami dari pihak perpustakaan memohon maaf kepada semua atas sebarang KESULITAN yang berlaku.




 - HARAP MAAF -

Tuesday, February 9, 2010

Belajar, Bekerja, Bermimpi




BELAJAR ketika orang lain tidur, 


BEKERJA ketika orang lain bermalasan,  

DAN 
BERMIMPI ketika orang lain berharap.

~ William A. Ward~


Tuesday, January 12, 2010

Pendaftaran



Pengumuman.....!

Kepada semua pelatih KSKB ambilan Jan 2010
anda dikehendaki membuat pendaftaran sebagai ahli perpustakaan dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam urusan peminajaman bahan perpustakaan

Prosedur keahlian boleh dilihat pada tajuk KEAHLIAN

Pelatih tidak dibenarkan menggunakan/meminjam kad pelatih lain bagi urusan peminjaman.

..Terima Kasih atas kerjasama anda..

Sebarang kemusykilan boleh rujuk kepada unit perpustkaan

>>Kerana Guru<<

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

Oleh itu, janganlah sesekali mengatakan bahawa kegagalan murid adalah kerana guru yang tidak pandai mengajar & kejayaan seseorang murid  bukanlah kerana kebijaksanaanya sendiri...

...renung - renungkan....

Saturday, January 9, 2010

::pertukaran waktu::



PERHATIAN....!!

Waktu Perkhidmatan perpustakaan telah di tukar kepada :-



8.30 pagi - 6.00 petang
( isnin - Rabu )


8.30 pagi - 4.45 petang
( khamis & Jumaat )


Tambahan : Perkhidmatan kaunter tamat pada pukul 4.45 setiap hari.

Sebarang kemusykilan & pertanyaan boleh berhubung dengan pihak perpustakaan.

Tuesday, December 15, 2009

::Pinjaman::

PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN






Setiap ahli perpustakaan dibenarkan meminjam bahan rujukan mengikut jumlah yang telah diperuntukkan :
Pelatih : 2 naskah
Kakitangan : 2 naskah
Pengajar : 5 Naskah


  • Tempoh peminjaman bahan adala 2 minggu(14 hari). Tertakluk kepada semua ahli
  • Kelewatan memulangkan bahan akan dikenakan kompaun/denda sebanyak RM 1 sehari
  • Bahan pinjaman yang hilan dalam tempoh peminjaman perlu diganti dengan buku baru atau dibayar mengikut harga buku.
  • Bagi buku/bahan rujukan luar negara bayaran denda yang dikenakan adalah dua kali ganda mengikut harga bahan pinjaman tersebut.
  • Majalah, Jurnal dan Buku rujukan merah(red spot) dan kamus tidak boleh dipinjam
  • Akhbar yang disediakan di unit perpustakaan hanyalah untuk bacaan sahaja & tidak boleh dipinjam.

::Ahli Perpustakaan::

KEAHLIAN

Ahli perpustakaan adalah terdiri daripada :-
  1. Pelatih Kolej
  2. Pengajar
  3. Kakitangan

Cara - cara menjadi ahli perpustakaan

  1. Sediakan 3 keping gambar berukuran pasport/I.C
  2. Isi borang keahlian(biru) dan kad keahlian(oren) pelatih di kaunter sirkulasi
  3. Setiap pelatih Basik akan diberikan 2 kad keahlian, manakala pelatih Pos Basik mendapat 1 kad keahlian

1. Isikan butiran lengkap di borang biru ini



2. Isikan maklumat yang betul pada kedua-dua bahagian kad oren ini




Perhatian : Keahlian adalah percuma.  Kehilangan kad keahlian hanya boleh diganti sekali sahaja.

Monday, December 14, 2009

::peraturan::

PERATURAN PERPUSTAKAAN

  1. Sentiasa mempamerkan tanda nama dan juga kad pelatih

  1. Pengguna hendaklah mematuhi pakaian dan sahsiah rupadiri yang telah ditetapkan oleh Bahagian HEP.

  1. Dilarang merosakkan buku/jurnal dengan cara memotong, mengoyak, menconteng, menanda pada halaman muka surat atau sebarang perlakuan yang menyebabkan bahan ini tidak boleh digunakan lagi.

  1. Dilarang mengalihkan kerusi dan meja serta peralatan lain

  1. Tidak dibenarkan memindah buku / jurnal dari rak asal ke rak lain

  1. Dilarang merokok, makan dan minum

  1. Penggunaan walkman, radio, kamera, pemain mp3 dan peralatan elektronik yang lain adalah tidak dibenarkan.

  1. Pengguna dilarang tidur di dalam perpustakaan.

  1. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu pengguna lain.

  1. Pelajar dilarang duduk berdua-duaan dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak wasangka.

  1. Pengguna hendaklah sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun semasa berada di dalam perpustakaan.

  1. Penggunaan komputer riba hendaklah mendapat kebenaran kakitangan perpustakaan.

  1. Buku – buku rujukan persendirian hendaklah mendapat keizinan kakitangan perpustakaan

  1. Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau berada dalam keadaan ‘silent mode’ semasa berada di dalam perpustakaan.
  2. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu pengguna lain