Monday, December 14, 2009

::peraturan::

PERATURAN PERPUSTAKAAN

  1. Sentiasa mempamerkan tanda nama dan juga kad pelatih

  1. Pengguna hendaklah mematuhi pakaian dan sahsiah rupadiri yang telah ditetapkan oleh Bahagian HEP.

  1. Dilarang merosakkan buku/jurnal dengan cara memotong, mengoyak, menconteng, menanda pada halaman muka surat atau sebarang perlakuan yang menyebabkan bahan ini tidak boleh digunakan lagi.

  1. Dilarang mengalihkan kerusi dan meja serta peralatan lain

  1. Tidak dibenarkan memindah buku / jurnal dari rak asal ke rak lain

  1. Dilarang merokok, makan dan minum

  1. Penggunaan walkman, radio, kamera, pemain mp3 dan peralatan elektronik yang lain adalah tidak dibenarkan.

  1. Pengguna dilarang tidur di dalam perpustakaan.

  1. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu pengguna lain.

  1. Pelajar dilarang duduk berdua-duaan dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak wasangka.

  1. Pengguna hendaklah sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun semasa berada di dalam perpustakaan.

  1. Penggunaan komputer riba hendaklah mendapat kebenaran kakitangan perpustakaan.

  1. Buku – buku rujukan persendirian hendaklah mendapat keizinan kakitangan perpustakaan

  1. Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau berada dalam keadaan ‘silent mode’ semasa berada di dalam perpustakaan.
  2. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu pengguna lain

No comments:

Post a Comment