anda dikehendaki membuat pendaftaran sebagai ahli perpustakaan dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam urusan peminajaman bahan perpustakaan
Prosedur keahlian boleh dilihat pada tajuk KEAHLIAN
Pelatih tidak dibenarkan menggunakan/meminjam kad pelatih lain bagi urusan peminjaman.
..Terima Kasih atas kerjasama anda..
Sebarang kemusykilan boleh rujuk kepada unit perpustkaan
"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"
Oleh itu, janganlah sesekali mengatakan bahawa kegagalan murid adalah kerana guru yang tidak pandai mengajar & kejayaan seseorang murid bukanlah kerana kebijaksanaanya sendiri...
Sentiasa mempamerkan tanda nama dan juga kad pelatih
Pengguna hendaklah mematuhi pakaian dan sahsiah rupadiri yang telah ditetapkan oleh Bahagian HEP.
Dilarang merosakkan buku/jurnal dengan cara memotong, mengoyak, menconteng, menanda pada halaman muka surat atau sebarang perlakuan yang menyebabkan bahan ini tidak boleh digunakan lagi.
Dilarang mengalihkan kerusi dan meja serta peralatan lain
Tidak dibenarkan memindah buku / jurnal dari rak asal ke rak lain
Dilarang merokok, makan dan minum
Penggunaan walkman, radio, kamera, pemain mp3 dan peralatan elektronik yang lain adalah tidak dibenarkan.
Pengguna dilarang tidur di dalam perpustakaan.
Pengguna tidak dibenarkan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu pengguna lain.
Pelajar dilarang duduk berdua-duaan dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak wasangka.
Pengguna hendaklah sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun semasa berada di dalam perpustakaan.
Penggunaan komputer riba hendaklah mendapat kebenaran kakitangan perpustakaan.
Buku – buku rujukan persendirian hendaklah mendapat keizinan kakitangan perpustakaan
Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau berada dalam keadaan ‘silent mode’semasa berada di dalam perpustakaan.
Pengguna tidak dibenarkan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu pengguna lain